5 TIPS TRAVEL SENDIRI KE LUAR NEGARA UNTUK FIRST TIMER
Anda merancang untuk ke luar Negara? dah buat persiapan? untuk artikel kali ini kami kongsikan kepada anda 5 tips Travel secara sendiri ke luar negara.
Perkara pertama yang perlu dibuat sebelum travel mestilah memilih negara yang anda hendak lawati bukan? Pilihan negara sememangnya 100% terletak di tangan anda. Ikut citarasa. Nak travel untuk membeli-belah, atau untuk menikmati keindahan pemandangan yang luarbiasa indahnya yang tiada di Malaysia.
Sediakan Pasport Antarabangsa
Macam mana nak melancong ke luar negara kalau takde passport kan?
- Cek balik bila tarikh tamat tempoh pasport anda. Pastikan pasport masih valid sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh travel.
- Bagi mereka yang masih belum mempunyai passport, Kadar bayaran yang dikenakan adalah lebih kurang dalam RM200 dengan tempoh sah laku selama 5 tahun.
- Cek status kebenaran anda ke luar negara di portal Jabatan Imigresen terutamanya bagi pinjaman ptptn.
Beli Tiket Kapal Terbang Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sebelum Travel
Rancang percutian anda lebih awal dan tetapkan destinasi yang ingin anda tuju. Tips beli tiket awal untuk melancong ke luar negara :
Beli tiket awal :
- Beli tiket lebih awal adalah untuk tujuan menjimatkan dan rebut harga tiket yang murah.
- Jarang Airlines yang menawarkan harga murah untuk date travel yang urgent.
- Selain memberi manfaat dari segi penjimatan duit, membeli tiket kapal terbang awal juga penting untuk kita buat persediaan yang cukup sebelum melancong ke luar negara.
- Bila dah beli tiket awal, maknanya tarikh dah tetap Kira dah boleh rancang bila untuk siapkan itinerary dan persiapan lain seperti pakaian, kesihatan diri dan yang paling penting, wang.
Buat Research tentang Negara Yang hendak Dilawati
Membuat research Penting untuk kita study dan buat research tentang tempat yang kita hendak ingin melancong ke luar negara.Lagi-lagi kalau kita first timer dan walaupun dah 3-4 kali travel pun memang wajib buat research.
- Jangan sesekali overconfident atau melulu je pergi travel, sebab ianya akan merugikan perjalanan travel anda nanti.Contoh research yang anda pelu buat adalah :
- Mencari Tempat-tempat yang menarik
Dalam memilih tempat yang kita nak pergi, fikir balik tujuan utama kita travel. Contohnya:
- Kalau nak shopping, list siap-siap nama kedai atau nama jalan kedai yang kita nak shopping.
- Pastikan anda senaraikan tempat menarik untuk melancong ke luar negara berpadanan dengan jumlah hari yang anda menginap di sana.
- Buat senarai itinerary Barulah percutian kita teratur dan berjalan dengan lancar.
- Pengangkutan
Semak medium pengangkutan utama yang digunakan oleh local di negara yang bakal anda lawati. Info ni sangat penting untuk rancang perjalanan anda disana. Contohnya :
- Korea dan Jepun, pengangkutan utama mereka ialah subway. jadi, anda boleh takenote siap-siap untuk beli pass subway setibanya di sana nanti. Jimat pun jimat.
- Penginapan
Pilih penginapan berdasarkan keselesaan masing-masing. Lain orang lain citarasanya. Antaranya :
Pilihan yang boleh kita buat adalah samada nak stay di hotel, hostel, guesthouse ataupun Airbnb. Tips untuk jimat pilih untuk menginap di hostel sahaja. Murah pun murah. Lagipun tujuan utama untuk travel mesti bukan untuk tidur kan?
- Makanan
- Soal makanan halal. Anda boleh survey keadaan negara yang nak kunjungi samada senang atau susah untuk dapatkan makanan halal. Bab makanan ni penting untuk kita buat extra preparation sebelum travel.
- Negara yang memang susah nak dapat makanan halal contoh macam Korea, bolehla sediakan makanan segera dari Malaysia. jadi nanti takdala sampai terpaksa makan buah je tiap hari sebab tak jumpa makanan halal.
- Bahasa
Mengambil tahu tentang bahasa utama yang digunakan di negara yang akan anda lawati tu juga penting . Antaranya :
- Tak perlu sampai ambil kelas intensif, tapi cukup sekadar tahu perkataan dan ayat asas untuk berkomunikasi sahaja.
- Mantapkan penguasaan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
- tak semua rakyat luar negara boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Anda Boleh install aplikasi bahasa asas dan komunikasi dalam phone anda. Taip je “learning basic korea” dalam App. Kerja jadi mudah bila ada tempat nak rujuk.
- Visa
- Visa ni wajib dan kalau tiada visa memang tak boleh masuk. jadi anda boleh semak ke negara mana yang perlukan visa. Bagi negara yang tak perlukan visa, anda dah boleh lupakan bab ni.
- Untuk rakyat Malaysia, ada 153 negara yang boleh anda dikunjungi tanpa memerlukan visa.
Buat Tempahan dari Malaysia
Selain daripada tiket penerbangan, tempahan awal untuk melancong ke luar negara juga perlu untuk tempat penginapan dan tiket masuk ke tempat-tempat lawatan seperti :
- Theme park. Ini dapat mengelakkan kita daripada bawa cash yang banyak. Sekurang-kurangnya, boleh elakkan daripada di tipu oleh orang tempatan dan overspent.
- Jika anda ingin melancong ke luar negara dan hendak menempah bilik Banyak web online yang boleh bantu kita buat tempahan bilik, siap boleh buat perbandingan harga lagi. Antara platform yang terkenal ialah:
- Booking.com, Trivago ataupun Agoda Untuk tiket lawatan pula, google je tempat yang kita nak pergi, contohnya :
- Universal Studio. Akan banyak web yang keluar and kalau anda cukup bertuah, dapat harga yang jauh lebih murah dari beli di kaunter. Untung kan?
Sekian, semoga bermanfaat.