20 Tempat Menarik Wajib Singgah di Melbourne
Anda Merancang Percutian Anda Untuk ke Melbourne Semasa Cuti Sekolah? Pastikan 20 Tempat Mesti Lawat di Melbourne Ini Merupakan Destinasi Wajib Anda di Sana.
1. Muzium Melbourne
Kalau anda berminat dengan sejarah dan warisan Melbourne masuklah ke Muzium Melbourne. Muzium ini letaknya bersebelahan dengan bangunan Royal Exhibition. Di sini anda akan mendalami sejarah kewujudan dan pembangunan Australia. Terdapat juga pameran pelbagai spesies haiwan di dunia serta pameran sains dan teknologi yang pasti menyeronokkan pengunjung yang berkunjung ke muzium ini. Muzium Melbourne sangat sesuai di jadikan sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
2.Yarra River Cruise
Di Yarra River pengunjung akan dapat melihat pinggir bandar Melbourne, taman-taman dan kedai-kedai di pinggir Sungai Yarra. Antara aktiviti yang menarik di sungai Yarra ini, pengunjung boleh mengharungi sungai Yarra yang terletak di tengah-tengah bandar Melbourne dengan menaiki cruise.
Cruise terbahagi kepada 4 jenis ;
3.Royal Botanical Garden
Royal Botanical Garden dibina pada tahun 1845 merupakan antara hutan simpan terbesar di Melbourne dan salah satu taman botani yang terbaik di Australia. Taman ini mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia yang terdiri daripada tumbuhan yang telah berusia beribu tahun. Ia juga menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit. Taman ini sangat sesuai dan wajib dilawati kerana ia mempunyai landskap flora yang sangat menarik.
4. Direct Factory Outlet (DFO)
DFO gemar dikunjungi oleh pengunjung kerana harga barangan di DFO adalah lebih murah berbanding di kedai biasa. Anda suka mengumpul koleksi pinggan mangkuk Correlle dan Pyrex? Di sini adalah tempat yang tepat yang perlu anda kunjungi. Jangan lupa berkunjung ke sini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
5. Phillip Island
i. Maru Koala & Animal Park
Lawatan sepenuh hari di Phillip Island dimulakan dengan mengharungi perjalanan sejauh 145 kilometer yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Persinggahan pertama di Phillip Island adalah melawat Maru Koala & Animal Park.
- Tempat ini merupakan sebuah pusat pemeliharaan haiwan seperti kanggaru, koala, burung unta dan lain-lain.
- Ambil kesempatan untuk bermesra dengan haiwan-haiwan di sini terutamanya kanggaru dan koala yang sememangnya sinonim dengan benua Australia.
- Anda juga boleh membeli tiket tambahan untuk bergambar dan membelai secara dekat dengan haiwan koala ini.
ii. Churchill Island Heritage Farm
Lawatan pakej pelancongan ke Melbourne diteruskan dengan melawat ke sebuah pulau yang dinamakan Churchill Island Heritage Farm. Pulau ini menempatkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan tarikan utamanya adalah aktiviti mengembala kambing biri-biri. Antara aktiviti lain yang ditawarkan di sini adalah melihat sendiri proses mendapatkan bulu biri-biri, melatih anjing buruan , dan bersiar-siar di sekeliling pulau dengan menaiki kereta kuda. jom kunjungi Churchill Island Heritage Farm sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
iii. Phillip Island Chocholate Factory
Destinasi seterusnya jika anda menginginkan pakej pelancongan ke Melbourne adalah Phillip Island Chocolate Factory. Rugi jika anda tidak Phillip Island Chocolate Factory sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
- Anda boleh melihat dan merasai sendiri pengalaman memproses coklat dari peringkat awal hingga ke pembungkusan.
- Kilang ini juga terdapat sebuah restoran halal yang menyediakan menu seperti Nasi Beriani, ayam panggang dan pelbagai lagi makanan. Ini memudahkan sesi pencarian makanan halal di sekitar Philip Island.
Tahukah Anda ?
Di Melbourne terutamanya di kawasan luar bandar sememangnya agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal. Situasi ini sebaliknya jika berada di kawasan bandar. Makanan halal yang menepati selera Melayu sangat mudah untuk didapati dengan harga dan kuantiti yang sangat berbaloi. Jadi jika anda membuat keputusan untuk mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne, pakej ini turut membawa anda berjalan ke luar kawasan bandar. Pastikan anda membawa bekalan makanan sebagai alas perut seperti roti, coklat, atau buah-buahan.
iv. Koala Conservation Centre
Lawatan di Phillip Island diteruskan dengan melawat Koala Conservation Centre. Pusat ini merupakan antara pusat pemeliharaan yang terbesar di Australia terutamanya bagi usaha memelihara haiwan koala. Pusat ini juga mempunyai haiwan lain yang hidup meliar dan tinggal secara semula jadi seperti walabi dan kelawar. Hasil lawatan ke pusat ini, anda akan dapat mengenali spesies haiwan koala dengan lebih mendalam lagi.
v. Nobbie centre
Nobbie centre merupakan kawasan yang menyediakan pemandangan indah dengan anjung tinjau yang melingkar dikawasan tebing pantai. Dengan kesegaran tiupan angin deras dari lautan pasti akan membuatkan anda seolah-olah berada di awang-awangan. Bunyinya seakan sangat mengagumkan bukan? Ya, anda betul. Jom jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
vi. Penguin Parade
Pakej pelancongan ke Melbourne diteruskan dengan menyaksikan perarakan burung penguin pulang ke pesisiran pantai di Penguin Parade.
- Lihat sendiri haiwan ini pulang secara berkumpulan ke tempat tinggal masing-masing setelah seharian berada di lautan untuk mencari makanan.
- Haiwan ini dijaga dengan sangat berhati-hati oleh pihak organisasi sehinggakan para pengunjung di nasihati supaya tidak mengambil walau sekeping gambar pon dan tidak dibenarkan sesekali untuk memegang haiwan ini.
Ini akan menjadi antara pengalaman yang menarik dalam sejarah hidup anda.
6. Queen Victoria Market
Pasar Queen Victoria adalah pasar terbuka yang besar di kotaraya Melbourne. Ia terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya Melbourne, merupakan antara destinasi ‘wajib singgah’ bagi pengunjung yang ingin ke Melbourne. Pasar ini memiliki keunikkan senibina bangunannya yang tersendiri serta menyediakan pelbagai jenis cenderahati dan buah-buahan tempatan yang segar dengan harga yang berpatutan. Pasar ini terbahagi kepada 5 kawasan iaitu, bahagian Cenderahati, Pasar Organik, Pasar Sayur dan Buah-buahan, Pasar Makanan Kering dan Food Court. Jom jadikan Queen Victoria Market antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne sebagai destinasi percutian anda.
7. Brighton Bathing Boxes Beach
Pantai Brighton merupakan pantai tumpuan di Melbourne yang sesuai untuk mereka yang gemar akan aktiviti sukan air. Jika tidak berhajat untuk melakukan aktiviti air, anda boleh bersiar-siar di sepanjang pantai ini. Antara tarikan utama di sini terdapat rumah-rumah kedai kecil milik persendirian yang dicat dengan jalur bendera daripada pelbagai negara. Ini membuatkan pemandangan di persisiran pantai kelihatan sangat menarik. Pemandangan di persisiran pantai sangat sesuai untuk dijadikan tempat untuk bergambar bersama keluarga.
8. Princes Pier
Princes Pier atau Jeti Putera-Putera pada suatu masa dahulu digunakan sebagai jeti pendaratan untuk ke Melbourne. Nama Princes Pier ini diambil bersempena kedatangan putera-putera raja British yang melawat Bandar Melbourne. Stuktur binaan pelabuhan ini telah diperkemas supaya sesuai untuk dijadikan antara tempat persinggahan yang epik kerana pengunjung akan masih dapat melihat sturuktur binaan lama berupa pasak -pasak kayu yang masih berdiri teguh sehingga kini.
9. Melbourne Star Observation Wheel
Lawatan seterusnya bagi pakej pelancongan ke Melbourne adalah berkunjung ke Melbourne Star Observation Wheel. di sini anda akan menyaksikan panorama seluruh Bandar Melbourne dari tempat yang tinggi dan pasti membuatkan anda terpaku seketika dengan kecantikan bandar ini lebih-lebih lagi pada waktu malam. Pengunjung akan berada dalam kapsul ini selama 30 minit dengan bayaran sebanyak Rm90.
10.Great Ocean Road
Perjalanan sejauh lebih 200 kilometer ini akan membawa pengunjung ke kawasan persisiran pantai yang terdiri daripada beberapa tempat persinggahan. Tempat-tempat ini pasti akan memukau setiap mata yang memandang.
- Antara tempat persinggahan yang boleh dikunjungi adalah :
- Bella Beach | Aireys Inlet | Great Otway National Park | Apollo Bay | The Twelve Apostles | Loch Arch | Loch Ard Gorge
Selain berkunjung ke Great Ocean Road, pengunjung juga boleh memilih untuk melawat ke Puffing Billy Steam Train atau memilih untuk melakukan aktiviti memetik buah-buahan di Rayners Orchard. Tempat ini sesuai bagi mereka yang lebih cenderung untuk memilih destinasi yang lebih dekat dengan bandar Melbourne. Perjalanan ke kedua-dua tempat ini dari bandar Melbourne akan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Tahukah Anda?
Puffing Billy Steam Train pada asalnya merupakan landasan dan stesen keretapi untuk mengangkut barangan dan kini telah diubahsuai menjadi keretapi penumpang. Pelanggan yang mengikuti pakej pelancongan ke Melbourne akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi wap di Puffing Billy Steam Train sambil menyaksikan keindahan semulajadi.
11.Sunny Ridge Strawberry Farm
Nikmati pengalaman berharga dengan memetik strawberry di bumi kangaroo yang pasti berbeza dengan ladang strawberry yang lain. Ini kerana kebun strawberry ini terletak di tepi pantai. Selain itu, terdapat banyak jualan produk yang berasaskan strawberry seperti jem “home made” dan juga pelbagai manisan yang dapat di temui di sini. Perjalanan memandu dari pusat bandar Melbourne ke Sunny Ridge Strawberry Farm mengambil kira-kira 1 jam memandu kereta.
12. Eureka Tower (Eureka Skydeck 88)
Pengunjung boleh menikmati permandangan 360 ° dari bangunan pencakar langit di bandar kedua terbesar di Australia dari udara. Menara ini berkonsepkan seni bina moden setinggi 91 tingkat hasil rekaan arkitek Nonda Katsalidis. Antara aktiviti yang boleh di lakukan di sini seperti makan, minum dan anda juga boleh menghantar kad pos dari peti mel tertinggi di hemisfera selatan. Jadikan Eureka Tower antara list 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne ya!
13. Luna Park
Terletak di St Kilada, Taman tema Luna Park, Melbourne merupakan taman tema yang cantik dan destinasi wajib di lawati di Melbourne. Pengunjung akan merasai pengalaman menaiki roller coaster dan banyak lagi permainan lain Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis, Holodeck, Betty Choo Choo, The Power Surge, Road Runner, Mirror Maze, Street Legal Dodgem, Spider, Sky Rider, Ghost Train, Arabian Merry, Red Baron, Coney Island Top Drop, Enterprise, Carousel, Paraoh’s Curse. Jangan lepaskan peluang mencipta kenangan bersama orang yang tersayang di sini.
14. National Gallery of Victoria.
Dibina pada tahun 1861 dan menjadi muzium tertua, terbesar, dan paling banyak dilawati di Australia. ia terletak di St Silka Road, Melbourne. Muzium ini merupakan salah satu galeri seni yang menakjubkan. Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seni Asia, seni Australia, seni antarabangsa, fotografi, cetakan dan lukisan. Terdapat juga dua pameran istimewa iaitu Melbourne Winter Masterpieces dan NGV Triennial.
15. Shrine of Remembrance
Shrine of Remembrance terletak di St. Kilda Road dibina untuk memperingati tentera-tentera mereka yang telah berkhidmat semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ia merupakan sebuah tempat yang menarik dengan pelbagai pameran di galeri yang di sediakan seperti Galleries of Remembrance, Gallery of Medal dan Private John Charlton Boer War Memorial. Jom jadikan tempat ini sebagai 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne.
16. Severeign Hill
Sovereign Hill merupakan salah satu kota terpenting di Australia pada masa demam emas (gold rush) pertengahan 1800-an. Di muzium ini, pengunjung dapat mengenal sejarah dengan merasakan secara langsung kehidupan pada zaman tersebut. Replika bangunan-bangunan seperti perpustakaan sekolah, hotel, dan rumah membentuk sebuah kota kecil yang memerlukan waktu seharian untuk dieksplorasi.
Terdapat banyak lagi kegiatan yang dapat dilakukan di Sovereign Hill. Berikut di antaranya:
- Mendulang Emas di Digging Creek
- Menonton Berbagai Pertunjukan Menarik
- Berkeliling Naik Kereta Kuda
- Bernostalgia Merasakan Jajanan Zaman Dulu
- Berfoto Mengenakan Kostum Zaman Victoria
17. Bendigo
Bendigo adalah antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne yang terkenal dengan seni bina gaya Eropah. Banyak galeri seni dan gereja membuat kejutan pada setiap masa. Galeri Seni Bendigo salah satu galeri seni serantau yang paling lama dan terbesar di di Australia dan sering menganjurkan pameran bertaraf dunia sebagai tambahan kepada koleksi lukisan Australia yang luar biasa. Di sini pengunjung boleh merasai pengalaman menggunakan roda tembikar di Bendigo Pottery. Jadikan tempat ini antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne dan rasai pengalaman yang menarik di sini.
18. Sea Life Melbourne Aquarium
Melbourne Aquarium adalah tempat yang menarik untuk dilawati terutama kanak- kanak. Pusat akuarium ini terletak di tebing sungai Yarra. terdapat pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni dapat ditemui di sini. Akuarium ini sangat besar dan dibahagikan kepada beberapa seksyen. Di antaranya ialah Rainforest adventure, Crocodile Lair, Penguin Playground, Mangroves & Rockpools, Coral Atoll, Bay of Rays, Seahorse Pier, Mermaid Garden, Shipwreck Explorer dan Ocean Discovery.
19. Flinders Street Station
Stesen Flinders Street adalah pusat utama hentian keretapi dan kawasan paling sibuk di Melbourne. Bangunan stesen ini telah siap pada tahun 1910 dan ia adalah stesen keretapi yang tertua di Melbourne. Terdapat galeri bagi seniman mempamerkan lukisan dan bahan seni di ruang bawah (basement) stesen Flinders Street. Pengunjung akan dapat melihat di hadapan stesen bahagian bawah jam besarnya, terdapat seniman jalanan bermain muzik dan orang yang menjual bunga-bunga segar.
20. Royal Exhibition Building
Bangunan Royal Exhibition terletak di Carlton Gardens adalah antara 20 tempat menarik wajib singgah di Melbourne. Carlton terkenal dengan landskap yang cantik dan telah mendapat pengiktirafan Warisan Dunia. Bangunan ini merupakan bangunan lama yang masih kekal dengan landskap yang asal dan masih beroperasi dengan baik yang telah dibina pada 1880. Dikenali sebagai tempat pameran pelbagai acara termasuklah Halal Expo Melbourne.